Zaman demi zaman sudah berlalu dengan pelbagai perubahan dan pembaharuan , sejarah perjalanan anak bangsa Melayu berketuruanan banjar juga tidak ketinggalan di dalam menyahut cabaran peredaran masa dan zaman di tanah Melayu.
Jika dahulu orang-orang banjar hanya pandai menyulam padi di sawah. Tetapi hari ini anak-anak banjar tidak lagi mengikut jejak peninggalan orang tua mereka untuk menyambung keringat yang pernah diperah untuk membesarkan mereka agar masa depan mereka tidak sama dan tidak seperit orang tua mereka.
Ada yang telah berjaya menjadi seorang doktor, ada juga yang telah mencoretan sejarah menjadi Ahli Yang Berhormat , jadi secara dasarnya bukan lah anak banjar menolak arus pembangunan dan tiada daya untuk bersaing dengan orang lain.malah didisanggah semanagt anak banjar .
Ketika Raja Addin mencoretkan perihal anak banjar hari ini, rasa sebak dan jika tak kerana aku berdarah banjar, sudah lama air mataku berderai membasahi pipi kerana terkenangkan peritnya perjalanan anak bangsa berketurunan banjar.
Dimana Perjuangan Anak Banjar Di Tanah Melayu.
Sejarah yang tercoret di Sungai Manik sudah cukup membuktikan apakah jasa orang melayu berketurunan banjar terhadap Tanah Melayu.
Ya, itu mungkin sejarah orang dulu-dulu yang mungkin ada segelintir pendapat tidak ingin membawa sejarah yang BERDARAH orang-orang banjar di Tanah Melayu.
Perang Sungai Manik, adalah antara jasa yang telah ditaburkan oleh pahlawan-pahlawan banjar sehinggakan sejarah tersebut dibukukan sebagai sejarah berdarah tanah Melayu.
13 Mei 1969, Diantara peristiwa berdarah yang telah tercoret didalam buku sejarah Malysia. Tetapi buku sejarah tidak dinyatakan dengan details SIAPAKAH ANAK-ANAKR BANJAR pada ketika itu.
penulisan ini bersambung dilain masa ... insyAllah ...